Monday 30 April 2012

Khasiat buah delima..


Hari ni aku nak kongsi sikit cerita pasal buah delima..

Delima ni digelar ‘superfruit’ mengandungi antioksidan oleh yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau system kardiovaskular. Buahnya bulat hampir sebesar limau. Berkulit keras, merah kecoklatan atau agak ungu. Isi buahnya terdiri dari butiran-butiran merah seperti kristal. Rasanya manis-manis segar.

Buah delima juga merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)

Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.

Pelbagai khasiat dan kebaikan kalau kita selalu makan. Sebagai contoh, buah delima ni boleh bersihkan bahagian dalam tekak kita bila kita batuk-batuk, boleh hentikan masalah sakit perut dan cirit-birit dan melawaskan air kencing.

Ada juga kajian yang menyatakan biji delima dapat dijadikan ubat untuk luka-luka yang teruk. Caranya..ambil biji-biji delima dan ditumbuk. Selepas itu, campurkan sedikit dengan madu dan sapu la kat bahagian luka tu tadi..:)

Ini contoh gambar buah delima 





                    sedap nampak buah delima ni.Tetiba rasa cam nak makan..hehe


Kalau kita search kat internet pun..banyak sangat-sangat produk yang gunakan buah delima sebagai bahan utama. Ada jus delima la..kopi delima la..sampai tak tahu dah nak beli yang mana satu.hehe.

Tapi mak aku amalkan minum jus delima organik al-rumman.





Ok..jom sama-sama baca apa khasiat buah delima ni..



  • Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat

  • Membersihkan hati dan saluran perkumuhan

  • Menyingkirkan lemak berlebihan

  • Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri

  • Mencegah rasa mual

  • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid

  • Mencantikkan kulit muka

  • Membantu memulihkan pesakit kencing manis

  • Berupaya menghapuskan kahak

  • Memberi tenaga dan mencegah keletihan

  • Mencegah angin ahmar bagi warga emas

  • Meningkatkan peredaran darah

  • Mencegah dan merawat kanser

  • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah

  • Membakar lemak dan mengurangkan berat badan

  • Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus

  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung

  • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu

  • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan

  • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik

  • Membantu mengurangkan batuk dan lelah

  • Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah

  • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar

  • Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa

  • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing

  • Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous




  • So..meh la kita rajin-rajin makan buah delima..lebih-lebih lagi dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan oleh Allah kepada kita untuk dinikmati dan sebagai penawar di atas dunia..:)